2. Mengandungi:
a. Muka hadapan,
b. Abstrak,
c. Senarai isi kandungan,
d. Pendahuluan,
e. Huraian esei,
f. Penutup
g. Rujukan sekurang-kurang 5 buah.
=================================
Muka hadapan
=================================
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH
DISEDIAKAN UNTUK
PROGRAM
TARIKH SERAH
TARIKH BENTANG
CONTOH:
===============MUKA
HADAPAN==========
TAJUK:
AMALAN WANITA KE PINTU SYURGA
DISEDIAKAN
UNTUK:
USTAZ ABDUL AZIZ B HARJIN
PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM
DISEDIAKAN
OLEH:
NURUL NAJIHAH BT ABDULLAH
2011624859
PROGRAM:
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN
TARIKH
HANTAR:
11 SEPTEMBER 2012
===========ISI KANDUNGAN=============
Abstrak .....................................................................1
Penghargaan ....................................................................3
Pendahuluan .....................................................................5
Rahsia Amalan Wanita Solehah
1.1 Menutup aurat ........................................................6
1.2 Mendirikan solat dan menjaga solatnya ....................8
1.3 Dilarang memakai wangi-wangian ...................9
1.4 Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan ...................11
1.5 Taat kepada suami ............................................12
1.6 Berbuat baik kepada orang tua ................................14
1.7 Berzikir kepada Allah ............................................17
1.8 Memberi dan menjawab salam ...............................18
Penutup ....................................................................19
Rujukan ....................................................................20
=============ABSTRAK=================
ABSTRAK
Nabi Muhammad S.A.W memberi beberapa sebab
yang dapat memasukkan seseorang wanita itu ke syurga iaitu: Solat fardhu lima
waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Menjaga kemaluan, Taat kepada suami. Sesungguhnya
Allah telah mewajibkan kepadamu agar solat lima waktu sehari semalam. Solat
merupakan tiang agama bagi umat Islam. Barang sesiapa yang melakukan solat lima
waktu tersebut maka dia telah menegakkan agamanya dan sesiapa yang
meninggalkannya maka beerti dia telah merobohkan agamanya sendiri. Allah juga
telah memperingatkan kita agar tidak menyibukkan diri dengan hanya mencari harta
dunia sahaja sehingga kita lupa untuk menunaikan solat. Selain itu, Allah juga
telah mewajibkan kita agar berpuasa di bulan ramadhan secara sempurna. Puasa
ini merupakan salah satu rukun Islam yang amat dituntut. Puasa harus dilakukan
dari terbit fajar hingga terbernam matahari. Kita juga harus berjaga-jaga
daripada melakukan perkara-perkara yang makruh dan haram ketika berpuasa. Sebab
ketiga yang memasukkan seseorang wanita itu ke syurga ialah sentiasa memelihara
kehormatan. Kemudian sentiasa mentaati suamimu dan sentiasa menjaga akhlak
seorang wanita kerana itu merupakan tunjang untuk menjamin rumah tangga yang
bahagia.
==========PENGHARGAAN================
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur ke hadrat
Illahi kerana dengan limpah kurninya dapat saya menyiapkan tugasan yang di beri
ini dengan lancar. Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada pensyarah CTU 151
saya kerana memberi peluang dan kesempatan kepada
saya untuk membuat analisis tentang topik yang telah dipilih iaitu ‘ amalan
wanita ke pintu syurga’.
Tidak lupa juga kepada ibubapa saya Zainol b
Abdullah serta ibu saya Fatimah bt Dahaman yang tidak henti-henti memberi
sokongan dan dorongan agar saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan
baik. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sedikit sebanyak membantu dalam
memberi pendapat dan maklumat yang berguna yang dapat di manfaatkan di dalam
tugasan CTU ini.
Dengan menjalankan tugasan ini dapat memberi
saya lebih pengetahuan yang lebih mendalam tentang topik yang saya kaji ini.
Akhir kata, saya berharap tugasan ini dapat memberi iktibar kepada saya dan
rakan-rakan.
=============PENDAHULUAN===============
PENDAHULUAN
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan,
menjaga kemaluan(tidak berzina), serta taat kepada suaminya, maka di katakan
kepadanya: masuklah ke dalam syurga dari pintu mana yang kamu suka!” (Hadis riwayat Ahmad dan Tabram).
Alangkah mudahnya bagi seorang wanita untuk masuk syurga, hanya dengan mengamalkan empat perkara tersebut, tetapi malangnya di dalam syurga itu kebanyakan penghuninya bukanlah wanita. Ini terbukti dengan hadis Rasulullah s.a.w ketika malam Isra’ Mi’raj, dimana Rasulullah s.a.w diberi penghormatan untuk melihat syurga dan neraka. Dan kebanyakan wanita berada di dalam neraka.
Alangkah mudahnya bagi seorang wanita untuk masuk syurga, hanya dengan mengamalkan empat perkara tersebut, tetapi malangnya di dalam syurga itu kebanyakan penghuninya bukanlah wanita. Ini terbukti dengan hadis Rasulullah s.a.w ketika malam Isra’ Mi’raj, dimana Rasulullah s.a.w diberi penghormatan untuk melihat syurga dan neraka. Dan kebanyakan wanita berada di dalam neraka.
Mengapakah begini jadinya? Apakah wanita tidak mampu mengamalkan empat perkara yamg mudahkannya untuk ke syurga? Apakah kebanyakan wanita sangat gemar melakukan dosa-dosa yang akan menyebabkan dirinya dihumban ke neraka? Apakah kebanyakan wanita tidak Nampak jalan-jalan yang mudah untuk ke syurga itu?
Abu Hurairah r.a berkata: Ya Rasulullah dari
apakah dibuat syurga itu? Jawabnya: Dari Air. Kami bertanya: Ceritakan tentang
bangunan syurga! Jawabnya yang bermaksud: Satu bata dari emas dan satu bata
dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’faran,
kerikilnya mutiara dan yakut.
Kemudian Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Tiga jenis doa yang tidak akan ditolak: imam (pemimpin hakim) yang adil, doa orang berpuasa ketika berbuka dan doa orang yang teraniaya, maka doannya terangkat di atas awan, dilihat oleh tuhan lalu berfirman. Demi kemuliaan dan kesabaranku, Aku akan bela padamu hanya menanti masanya.
=============HURAIAN ESEI==============
MENUTUP AURAT
Sesungguhnya Islam mewajibkan agar kita berhijab.
Kewajipan ini tidak lain hanyalah untuk memelihara diri kita dari sifat yang
kenal akan rasa malu, dan jauh daripada penzinaan dan di keji oleh Allah S.A.W.
Sebagai wanita muslimah yang beriman kepada Allah dan
hari kiamat, kita tidak boleh melanggar perintah Allah dan membuka aurat (tidak
memakai hijab) di khalayak ramai atau di hadapan kaum lelaki yang bukan mahram.
Di antara hukum-hukum Nabawi yang mengkhususkan tentang
hijab adalah diterima solat seseorang itu bergantung kepada cara seseorang muslimah
tersebut memakai tudung iaitu adakah si pemakai menutup aurat ataupun tidak.
Menutup kepala juga haruslah menutupi kedua telinga, kerana ia merupakan
sebahagian daripada kepala.
Jika kamu tahu bahawa kedua telinga adalah sebahagian
dari kepala, maka kamu harus menutup kedua telinga tatkala menutup kepala.
Tetapi menutup wajah dan kedua tapak tangan adalah tidak wajib. Ini menurut
kata-kata sepakat para ulama-ulama.
Perkara yang harus kita pelihara juga adalah leher, dada,
atau lengan tidak boleh di nampakkan ketika solat kerana semua itu adalah
termasuk aurat yang wajib di jaga bagi seorang wanita yang solehah.
MENDIRIKAN SOLAT DAN MENJAGA SOLATNYA
Seseorang wanita yang sudah mencapai umur baligh
diwajibkan keatasnya untuk solat fardhu lima waktu sehari semalam. Solat fardhu
harus dilakukan dengan rajin dan lakukan solat sunat bagi menampung kekurangan
yang terdapat pada solat wajib itu.
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika
menunaikan kewajipan ini. Selain khusyuk menunaikan solat juga kita dituntut
beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan serta menjaga waktunya.
Ini bermaksud solat itu mesti dilaksanakan
diawal waktu dan tidak dilengah-lengahkan atau melambat-lambat untuk menunaikan
solat tersebut.
DILARANG MEMAKAI WANGI-WANGIAN
Daripada Abu Hurairah radiyallahu’anhu, dia berkata:
‘Rasulullah SAW berkata: ‘Siapapun wanita yang memakai (bau harum), maka mereka
janganlah menunaikan solat Isyak yang akhir bersama kami’.”
Daripada Zainab Ath-Thaqfiyyah, sesungguhnya dia pernah
membicarakan tentang Rasulullah s.a.w, bahawa beliau berkata: ‘Apabila salah
seorang di antara kamu turut menunaikan solat Isyak, maka janganlah memakai
wangi-wangian pada malam itu’
“Dan di dalam suatu riwayat disebutkan:’Apabila salah
seorang di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah memakai minyak wangi’.”
Seorang wanita yang berfikir untuk mendapat keredhaan
Allah akan berusaha untuk menambahkan ilmu agamanya, dengan cara mendalami
kandungan Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya. Ini adalah salah satu kewajipan
untuk setiap muslim agar mereka lebih mengenali pencipta mereka.
Para ulama mengambil kesimpulan dari hadith-hadith ini
dan juga hadith lain yang serupa, bahawa disyaratkan bagi wanita yang pergi ke
masjid, agar mereka tidak memakai minyak wangi, tidak berhias ,tidak memakai
kasut yang boleh menimbulkan bunyi dan mengenakan pakaian yang sopan.
Para ulama berkata: “Siapapun wanita yang memakai (bau
harum)”, seseorang wanita yang pergi solat berjemah, mereka disarankan agar
tidak memakai minyak wangi atau benda-benda lain yang boleh menyebarkan bau
yang harum. Bahkan beliau menegah
wanita yang pergi solat berjemaah dengan memakai
wangi-wangian ,maka solatnya tidak akan diterima sehinggalah beliau menbersihkan
diri dahulu. Diriwayatkan dari bekas hamba sahaya Abu Rahman, yang bernama
Ubaid,
Abu Hurairah pernah berselisih dengan seorang wanita yang
memakai minyak wangi yang sedang menuju ke masjid. Lalu dia berkata: “Wahai
hamba Allah, hendak ke manakah engkau?”
Wanita itu menjawab, “ke masjid” “Apakah untuk keperluan
kamu memakai minyak wangi?”Tanya Abu Hurairah. “Benar,” jawab wanita itu.
Abu Hurairah berkata; “Sesungguhnya aku pernah mendengar
Rasulullah s.a.w berkata:
“Siapapun wanita yang memakai minyak wangi, kemudian dia
keluar ke masjid, maka solatnya tidak akan diterima sehingga dia mandi’.”
MENJAGA PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN
Tajuk ini menerangkan bahawa tidak boleh seseorang lelaki
menetap di rumah seorang wanita kecuali wanita tersebut adalah mahramnya. Nabi
s.a.w telah memastikan bahaya nya bagi lelaki yang bercampur dengan wanita dan
baginda berkata: “Janganlah kamu sekalian memasuki tempat para wanita”
Dalam peringatan Nabi ini terkandung pengharaman
berkhalwat dengan wanita bukan mahram dan terkandung peringatan agar tidak
bercampur dengan seseorang yang bukan mahramnya. Mahram yang dimaksudkan ini
adalah setiap lelaki yang diharamkan untuk menikahi seseorang wanita.
Masalah pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan
yang dapat dilihat merata tempat kini dianggap sebagai akhlak yang buruk dan
tidak sama sekali termasuk akhlak wanita-wanita muslimah.
Wahai saudari-saudari, akibat paling besar yang akan kamu
kesali kerana pergaulan bebas adalah hilang rasa malu, kesucian dan kehormatan
diri.
Dalam keterangan di atas, dapat diketahui seberapa
bahayanya pergaulan bebas dengan bukan mahram, baik tatkala mencari ilmu
ataupun semasa waktu kerja mahupun di rumah.
TAAT KEPADA SUAMITaat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang solehah. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar).
Isteri adalah sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.
Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam sesebuah rumahtangga yang harmoni. Dalam hal ini, para isteri mithali akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)
BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA
“Seorang
ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu
membela ibunya”
Demikian ungkapan yang menggambarkan realiti
keadaan yang merentas masa. Kisah Si Tanggang, walaupun masih ada ruang untuk
dikritik beberapa kepercayaan karut yang ada di dalam cerita tersebut, namaun
realiti hari ini mengiyakan wujudnya anak-anak yang menjadi anak yang derhaka
kepada kedua ibubapa mereka, jauh sekali untuk berbuat baik kepada kedua
ibubapa.
Terdapat banyak hadith yang menunujukkan perkara ini.
Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud: “Kehinaan
bagi sesiapa yang memiliki kedua ibubapanya yang sudah tua salah seorang atau
kedua-duanya, tidak dapat memasuki syurga.”
Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata:
“Hadith ini berupa galakan untuk berbuat baik kepada ibubapa dan besar
pahalanya, maknanya berbuat baik kepada mereka berdua ketika mereka sudah tua
dan lemah dengan memberi khidmat atau nafkah atau selainnya menjadi sebab
dapatnya memasuki syurga, dan sesiapa yang mengurangi perkara (berbuat baik
kepada ibubapa) maka dia terlepas dari memasuki syurga maka Allah menghina
keatas dirinya.
Demikian betapa besarnya hikmah berbuat baik kepada
ibubapa sehingga ia menjadi salah satu sebab beroleh syurga dan neraka bagi
seseorang itu.
Di dalam al-Adab al-Mufrad al-Imam al-Bukhari
meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.A yang didatangi seorang
lelaki bertanya: “Aku telah meminang seorang wanita tetapi dia tidak menerima
pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu
menerima pinangan tersebut, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita
tersebut, lalu aku membunuhnya. Apakah ada lagi peluang bagi ku bertaubat? Ibn ‘Abbas
bertanya :”(Adakah) Ibu-mu masih hidup?”Jawab lelaki tersebut:”tidak.”Kata Ibn
‘Abbas: “Bertaubatlah kepada Allah A.Z.W.J dan hampirkanlah dirimu kepada-Nya
semampu-mu.” ‘Atho bin Yassar berkata: “Aku pergi bertanya kepada Ibn
‘Al-Abbas: “Mengapa anda bertanya kepada lelaki apakah ibunya masih hidup?”
Jawab Ibn ‘Abbas: Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya yang lebih hampir
kepada Allah A.Z.W.J lebih daripada berbuat baik kepada ibu”
Hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana berbuat baik
kepada ibu dapat menghapuskan kesalahan yang pernah kita lakukan, kerana itu
sahabat Nabi S.A.W. Ibn ‘Abbas r.a bertanyakan keadaan ibu lelaki tersebut
apakah masih hidup ataupun tidak, sehingga dia dapat berbuat baik kepada
ibunya, seterusnya dapat menghapuskan kesalahan dan dosanya.
Dari penjelasan di atas jelas menunjukkan berbuat baik
kepada kedua ibubapa itu adalah suatu kewajipan yang harus menjadi ikutan
muslimah pada zaman kini.
BERZIKIR KEPADA ALLAH
Zikrullah bukan hanya dengan kita melafazkan
kalimah-kalimah suci seperti Subhanallah, Alhamdullilah, Allahu Akhbar dan
lain-lain lagi tetapi Zikrullah ialah satu ungkapan umum yang terangkum di
dalamnya segala perbuatan yang kita lakukan untuk lebih mendekatkan diri kepada
Allah S.A.W.Rugilah kita dsebagai wanita solehah jika tidak berzikir kepada
Allah. Besar pahalanya bagi sesiapa yang sentiasa berzikir kepada Allah.
Berzikir kepada Allah menunujukkan kita sentiasa mengingati Allah tidak kira
waktu. Allah sentiasa mengingatkan kita di dalam kitab suci Al Quran supaya
berzikirlah seperti berikut: “ Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan
merendahkan diri dan rasa takut, dan juga tidak meninggikan suara, di waktu
pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk di dalam golongan orang-orang yang
sentiasa lalai”. Surah 7: Al A’raf, ayat 205. Jika seorang muslimah yang
sentiasa berzikir kepada Allah, nescaya Allah akan sentiasa mengingatinya dan
menjaganya termasuk hatinya. Firman Allah: “ Maka ingatlah kepadaKu, nescaya
Aku akan ingat kepadamu. Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur
(akan nikmatKu). Surah Al- Baqarah ayat 152.
Peranan zikir ini samalah seperti air bagi ikan, jika
ikan tersebut di keluarkan dari air maka matilah ikan tersebut. Begitulah juga
dengan hati , hati akan mati jika ia tidak berada dalam zikirullah (hati kita
akan sentiasa gelap tanpa hidayah Allah S.A.W).
MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM
Memberi salam adalah sunat bagi umat Islam manakala
menjawab salam adalah wajib.
Terdapat banyak hikmah yang Allah S.W.T berikan disebalik
memberi salam. Justeru itulah, banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan
memberi dan menjawab salam.
Antaranya ialah:
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda; “Demi Tuhan yang
diriku di dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu
beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku
belum menunujukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan
nescaya kamu akan berkasih mesra?”
Para sahabat baginda menjawab; “ Belum Wahai Rasulullah
S.A.W” Kemudian Rasulullah S.A.W pun menerangkan: “Kembangkanlah memberi salam
di antara kamu” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)
Selain itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang
memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini terbukti didalam hadis: “Apabila
seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam tersebut
dibalas, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali” (Hadis riwayat Sahibul
Firdaus daripada Abu Hurairah)
============PENUTUP==================
PENUTUP
Kesimpulannya, daripada tajuk yang saya kaji
ini terdapat banyak perkara yang dapat kita lakukan untuk mendapat keredhaan
jika kita sentiasa mengamalkan perkara-perkara yang di sukai Allah S.W.T. Wahai
saudari-saudari,hindarkan lah diri kita daripada melakukan kemungkaran kerana kebanyakan
penghuni neraka itu adalah daripada golongan wanita. Oleh itu sama-samalah kita
berusaha untuk mendapat hidayah Allah demi kesejahteraan di dunia dan akhirat.
============RUJUKAN================
RUJUKAN
Abu Zahid Mukhlis (2007). 40 Amalan Wanita Ke
Pintu Syurga, Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publishers.
Ahmad, M. S. (1999). Pengantar Syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.Maududi, S. A. (1976). Asas-Asas Islam. (H. O. Rahmat, Trans.) Shah Alam: Dewan Pustaka fajar.
Mujieb, M. A. (1997). Kamus Istilah Fiqah. Selangor: Advance Publication.
Noresah Baharom, d. (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Quran, A. (1996). Tafsir Pimpinan al Rahman Kepada Pengertian al Quran 30 Juzuk. (S. A. Basmih, Trans.) Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Islam.